
|
Le BigBoss ♥ ![]() Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. Jom baca stroy Akmaa . Jom jomm :) WalkingTalking ♥ ![]() Credits!
| Erti Cinta & Pengorbanan Satukah erti sebuah cinta & pengorbanan??Bila mana erti pengorbanan & cinta itu... Yang dahulu kita ingini Yang dahulu kita miliki Yang dahulu kita sayangi Yang dahulu kita ratapi Kita merelakan ia pergi Kerana itu takdirnya ilahi Melepaskan sesuatu atas nama pengorbananMelepaskan sesuatu kerana erti kasih suci Melepaskan sesuatu demi bukti cinta murni Melepaskan sesuatu mengharap manisnya rindu Melepaskan sesuatu yang diingini disanubari Dimiliki dan digenggami pastinya selalu dikasihi Tanpa menanya kenapa kita Tanpa mempersoal mengapa Tanpa menilai jika bagaimana Tanpa menduga-duga akan ia Biar terasa berat tapi dihujungnya ketenangan dan kedamaian Biar terasa pahit tapi dihujungnya kemanisan buah kesabaran Telus dan tulus membentang pengorbanan demi janji kesetiaan Tetap menunggu jua kepastian janji cinta yang pernah dilafazkan Memegang erat janji yang harus dikotakan sebaik-baik kejayaan Berkali cinta jatuh dan bangun janji tetap dijiwa bernama kekasih Ketika inilah perhubungan menuntut erti tabah perjuangan Ketika inilah perhubungan mempersoalkan keutuhan bukti Bukti Cinta yang telah tersemai Bukti Niat yang dipasak kukuh Bukti Janji yang digenggam erat Bukti Syukur yang masih dilafaz Bukti antara nikmat yang dimiliki itu ketika dipisahkan sementara Redhakah kita demi mendapatkan redhaNya?...... |