
|
Le BigBoss ♥ ![]() Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. Jom baca stroy Akmaa . Jom jomm :) WalkingTalking ♥ ![]() Credits!
| Erti sebuah perhubungan Jika kita seorang yang sering mengikuti kata hati, kita tidak akan dapat lari untuk memikirkan sesebuah perubahan dalam diri kita walaupun sesaat. Disebabkan ini, kita sering kali mengikut kata hati, dan jika kata hati kita inginkan sedikit perubahan kepada yang baik. Maka sedikit jugalah yang akan kita dapat. Jika kata hati kita ingin perubahan yang banyak, maka banyak jugalah yang kita akan perolehi. Oleh itu, kita sering diminta untuk bermuhasabahkan diri. Muhasabah itu, muhasabah ini. Namun muhasabah itu bukankah maksudnya mengingat balik? Mengenang kembali? Elokkah kenang-kenangan ni? Orang selalu kata : ‘Barang yang lepas usah dikenang?’. Saya tinggalkan sedikit persoalan ini kepada anda untuk bermonolog sejenak. Jika saya sendiri yang menjawabnya, maka boringlah penulisan ini, ya tak?
Jika difikirkan dari segi logik akal, muhasabah lebih sesuai kalau dipanggil renungan. Memang muhasabah boleh juga dipanggil sebagai kenangan. Tetapi biasanya kenangan itu adalah ingatan yang bukan-bukan. Ingatan yang menyedihkan, mengecewakan atau pun membuat fikiran yang melayang-layang. Lebih senang saya katakan, muhasabah ini adalah satu proses bagi melihat kembali diri kita sendiri. Contohnya begini, kita telah bercinta selama bertahun-tahun. Tiba-tiba saja satu hari, kerana perbalahan kecil hubungan itu putus. Perasaan cinta dan kasih sayang itu telah pun bertukar menjadi satu perasaan yang sangat benci dan dendam.
|