
|
Le BigBoss ♥ ![]() Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. Jom baca stroy Akmaa . Jom jomm :) WalkingTalking ♥ ![]() Credits!
| Ramadhan yg mulia :) Hayy guys . Assalamualaikum . Dah lama sangat rasanya tak buat entry baru dalam blog tersayang nii . So , aku ingat kali ni nak post pasal Bulan Ramadhan Al-Mubarak . Lagi berapa hari jaa seluruh umat islam di muka bumi Allah ni akan menjalankan tanggungjawab masing-masing . So , korang dh tahu erti Ramadhan yg sebenarnyaa ? Kalau belum . Jom baca nii :') Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa. Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawih dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut. Hahh , dah tahu dah maksudnyaa ? Actually , maksud niy pun saya search dekat google jaa . Saya punn bukan terlampau arif dalam agama nii :') Saya sendiri masih berusaha untuk cari maksud dan kelebihannya dengan lebih mendalam . So , sekarang jom kita baca kelebihannya pulaa :') Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan.Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi. Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.Puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup. Okayy , Rasanyaa sampai sini dulu entry terbaru sayaa . Hope sedikit sebanyak dapat membantu korang yg tercari-cari maksud puasa tuu :') Dah alang-alang nak puasa ni . Saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dgn penuh keberkatan . Assalamualaikum :') |